Saturday, May 1, 2010

Jakarta

PERCUTIAN YANG CUKUP ADVENTURE...PENGALAMAN YANG AMAT BERNILAI TAK BOLEH DI JUAL BELI(walaupun banyak duit kami lebur dek penangan Indonesia)....MAKA TERCETUS LAH IDEA MEREALISASIKAN IMPIAN KORANG YANG INGINKAN "PERCUTIAN BUDGET" YANG "AMAT BERBALOI"....

Percutian bersama Isteri di Jakarta (1st time).Ini lah pengalaman berpandukan blog2 dan peta sahaja TANPA guide dari travel agent.Konon nak melancong macam kat Eropah..Bawa beg besar berpandukan peta dan jalan....giler gamble...TAPI jangan buat macam kitaorang..BAHAYA dan banyak guna DUIT...pengalaman mahal nie yang membuatkan tercetusnya idea nak ajak semua rakyat Malaysia bercuti dengan harga rendah melalui 'PERCUTIAN BUDGET' tetapi BERBALOI..sebab bercuti ke Indonesia murah sesangat kalau naik AIR ASIA.

PANDUAN : (panduan ni kitaorang guna masa 1st time pegi)

1.Tengok tiket www.airasia.com
2.Tukar duit awal2.Survey dulu mata wang : www.xe.com
3.Baca blog2 n mesti ada peta n tahu nak g mana.
4.Sim card cel/max/digi tinggalkan di malaysia. 1msg send&receive RM2.00
1minit call in/out RM8.20 beli sim card di sana RM9/12 eg:simpati

kami berlepas dari LCCT Jam 6:45pm tiba 7:45pm waktu Malaysia
(8:45pm waktu Jakarta) 14Feb 2010
RM252 pergi sahaja 1 orang.(harga ni kitaorang dapat sebulan sebelum pegi)


tiba sahaja di sana..kami menjamu dinner KFC (berbeda dengan Malaysia)
RM12/set (ader nasi+fried chicken)
mahu tahu layarilah:
http://www.kfcindonesia.com/index.php?option=com_content&task=view&id=152&Itemid=258

**Bila sampai Airport anda akan dikerumuni ulat2 teksi yang CONFIRM anda bakal kene tipu coz orang Indonesia ni kalau nampak orang kita diaorang cakap kita banyak duit...So HATI2 So kitaorang pun check in kat Jakarta Airport Hotel untuk tidak ambil ape2 risiko.
RM350/nite 5star..MAHAL pun MAHAL la...

14Feb2010 malam :

kami menginap di Hotel di dalam bangunan airport.
http://www.jakartaairporthotel.com/
RM350/nite


15Feb2010
sarapan di cafe' hotel Jakarta Airport

lepas check/out Jam 1pm Indonesia kami naik teksi Blue Bird..(kena tipu juga)*tengok meter n harga ya. RM45 (patut RM35).



dari airport ke Kwitang (lokasi filem ADA APA DENGAN CINTA-RANGGA&CINTA) cari buku AKU Sumanjaya & Sastera Indonesia dapat 2buku (tempat buku murah,tapi banyak buku English)




dari Kwitang kami naik bus ke Mangga2 (teksi mahal/bas murah)



Mangga 2.JAKARTA.Macam2 Jual..tapi x sibuk macam TANAH ABANG.
Di Mangga 2 pelbagai barangan boleh dibeli dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di tempat lain. Kalau korang bijak tawar-menawar pula, korang pasti akan tersenyum puas kerana dapat berbelanja dengan lebih banyak.Antara barangan yang paling popular di Mangga 2 ialah tas tangan pelbagai jenama, alat solek, kasut, pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak, aksesori,telekung sulam dan macam-macam lagi.Kalau korang berpeluang ke Jakarta, Indonesia, jangan sekali-kali melepaskan peluang untuk membeli-belah di Mangga 2 yang memang terkenal bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan, malah kepada para pelancong asing juga.

"Mangga 2 merupakan lokasi wajib kalau pergi ke Jakarta. Mereka yang pergi ke Jakarta tetapi tidak singgah atau tidak membeli-belah di Mangga 2, pastinya tidak lengkap perjalanan mereka. Di sini semua barangan boleh didapati dengan harga yang murah dan kualitinya juga tidak mengecewakan,"


dari Mangga2 kita org naik angkutan ke stesen keretapi domestik menuju Tanah Abang.RM2/sorang sempoi n takut beb..diorang boleh bawak lawan arus time jln jam almaklum la kota JAKARTA terkenal dengan MACETnya(jln jem) *kalau teksi mau RM20


sampai di stesen keretapi yg sesak n kitaorang takut gak..kami naik keretapi ke Tanah Abang.Dlm ketapi tu org jual macam2..peminta sedekah banyak..Korang jgn gatal2 la nak beli dan bagi sedekah SURE korang kene kerumun lepas tuh..Orang sana cakap "Orang2 Malaysia kaya2 ya pak" Jangan bagi sebab kalau kita bagi maknanya org akan kata kita kaya n kena selup saku n bahaya-bahaya..diam n buat bodoh Ja..
Tambang RM 2.70(*lebih kurang)

sampai Tanah Abang lagi pening..semua orang pandang..tahan bajai n tunjuk alamat hotel CARAVAN,Jl. K.H. Mas Mansyur No. 50, Kebon Melati, Jakarta Pusat, INDONESIA - 10230.
2star RM60per/night
sebab tu lah kita orang dah tak percaya teksi..naik angkut or bajai je..harga runding n murah sesangat..RM5 dari stesen ketapi - hotel CARAVAN

Bermalam di CARAVAN hotel selama 2malam..makan depan hotel masakan Minang.Harga sama macam makan makanan lauk di Malaysia cuma di Indonesia air yg mashur adalah air teh botol rasa macam tea Jusmine..Hotel Caravan merupakan hotel 2 bintang yang simple tetapi cukup selesa dan bersih...Sesuai untuk bajet rendah. Harga bilik semalam hanya RP220,000 lebih kurang RM60-70 termasuk sarapan untuk 2 orang. Bilik denga katil besar, TV,astro dan bilik air cukup berbaloi dengan harganya. Pilihan lain anda boleh mencuba Hotel Milennium terletak tidak jauh dari Tanah Abang. Dengan harga RM130-150 semalam, ia sudah pasti sebuah penginapan yang selesa untuk yang mementingkan keselesaan.

16Feb2010

Sarapan di Hotel Caravan. Kupon makan untuk 2org tapi pilih ...a)roti b)nasi goreng..n kopi or tea..selepas sarapan di hotel CARAVAN kami ke bangunan Tanah Abang.




Pics ni makanan yang kami makan dan air yg paling famous kat Indonesia ni adalah Teh Botol



Tanah Abang amat terkenal bagi peniaga kerana di sini anda dapat membeli pelbagai jenis pakaian dengan harga borong. Terkenal sebagai pasar untuk segalanya, dahulunya ia adalah sebuah pasar binatang seperti kambing dan ayam sejak 1735 lalu akhirnya bertukar menjadi satu destinasi berbelanja yang terkenal di Indonesia. Tekstil@Kain ela dan pakaian berfesyen adalah yang popular di sini. Untuk mendapatkan harga borong anda harus membeli sekurang-kurangnya 3 helai. Harganya cukup murah dan berpatutan. Komplek Tanah Abang mempunyai 10 tingkat kesemuanya termasuk satu tingkat hanya untuk medan selera bagi kemudahan pembeli dan peniaga. Surau juga disediakan di tingkat paling atas atau rooftop. Apa yang anda inginkan semuanya ada di sini.Seharian kami pusing di Tanah Abang..Dari baju kanak-kanak, pakaian Muslim, songket, batik, sutera. Anda namakan saja, semuanya ada. Di sini merupakan pusat sehenti bagi peniaga dan pembeli. Kalau anda ingin membeli baju untuk satu keluarga, inilah tempatnya.Kebanyakan pakaian di sini merupakan buatan tempatan jadi harganya amat berpatutan. Anda boleh mendapat kain sutera serendah RM20 semeter. Tanah Abang juga menawarkan koleksi Pakaian Muslim dan sulaman kebaya yang berkualiti dengan harga yang hampir separuh dari yang di jual di Kuala Lumpur. Jadi, sediakan wang yang banyak jika anda bercadang untuk berbelanja di sini kerana anda pasti terpukau. Anda memerlukan sekurang-kurangnya sehari untuk menghabiskan masa melihat dan berbelanja di sini untuk mendapatkan harga yang terbaik. Ini kerana bilangan kedai yang banyak pasti membuatkan tidak tahu memilih yang berkenan di hati. Kena habiskan masa mula 9 pagi waktu ia di buka dan keluar pada pukul 5 petang di saat ia di tutup. Jalan lupa untuk tawar menawar sekurangnya 30% dari harga asal walaupun harganya harga borong, tapi tak salah mencuba :).Anda tak perlu risau kerana Medan Selera yang terletak di tingkat 8 menawarkan pelbagai masakan seluruh Indonesia. Medan Selera berhawa dingin yang bersih dan teratur merupakan tempat terbaik bagi sang suami atau teman lelaki menunggu yang tersayang habis membeli-belah :). Anda patut mencuba Ikan Gurame Goreng atau Bakar yang terkenal dan pasti memikat selera anda. Dari Masakan Sunda, Jawa, Padang dan pelbagai lagi yang pasti memikat selera.

16Feb2010

(JAKARTA-BANDUNG)

Selepas sarapan di hotel CARAVAN kami ke bangunan Tanah Abang lagi
naik bajai RM2.lepas dah shooping n round-round..kami terus berkemas n chek/out Jam 12pm.Tahan bajai dan terus ke stesen keretapi Gambir untuk ke Bandung.(RM7)
Anda boleh menaiki kapal terbang, teksi atau kerat sewa ke Bandung. Tambang kereta sewa lebih kurang RP600,000 sehala. Anda boleh tawar menawar dengan pengusaha kereta sewa di sini. Pastikan harga telah di persetujui sebelum anda menaikinya. Dalam perjalanan anda bolehlah singgah di Bogor,iaitu kawasan kilang atau industri bagi kebanyakan barangan di Jakarta dan Bandung. Selainnya, anda boleh menaiki keretapi ke Bandung seawal 8.30 pagi melalui Stesen Gambir yang terletak kira-kira 15 minit dari Tanah Abang. Perjalanan dengan keretapi mengambil masa 2-3 jam bergantung kepada keadaan atau kelewatan. Pastikan anda berada di lorong dan saluran yang betul ke Bandung agar tidak tersilap menaiki keretapi. Untuk kelas ekonomi hanya RP25,000 sahaja atau RM8. Kelas ekonomi berkusyen seperti bas di kawasan daerah di Malaysia, bezanya ia lebih besar dan lebih lembut. Ia hanya punya kipas angin dengan tingkap yang boleh di buka sesuai dengan harganya.Kalau business class RM25 selesa sikit. Kalau anda seorang yang ‘adventure’, naik saja kelas ekonomi dan gunakan bajet berlebihan untuk berbelanja. Namun anda punya pilihan Kelas Eksekutif yang lebih baik dengan hawa dingin. jadi pilihan di tangan anda.

Kami tak sempat pegi Tangkuban Perahu sebb kami ke Bandung naik keretapi.Tangkuban Perahu ni lokasinya di pertengahan jalan ke Bandung so kalau naik kereta leh la singgah sini.




Meh citer sikit pasal Tangkuban Perahu ni.
Tangkuban Perahu atau Tangkuban Parahu ini ialah sebutan dlm dialek sunda. Tangkuban Perahu merupakan Gunung Berapi yang masih aktif. Terletak lebih kurang 30km di utara Bandung, West Java, Indonesia.Ia merupakan tarikan utama pelancong ke Bandung. So kalau pi bandung tapi tak pi sini, tak lengkap lah lawatan anda. Ada kolam air panas kat atas ni...boleh le buat aktiviti masak telur. Beli telur..then masak le. Ia adalah sejenis gunung berapi jenis stratovolcano. last sekali meletus pada tahun 1983.

BANDUNG-PARIS DA JAVA

sampai di Bandung petang. kami terus Jalan kaki ke Hotel Mutiara.Dekat je dalam 1km..Kami gamble tanya orang mana hotel yang terdekat.Nasib kat Bandung orang2nya mesra dan tempat yang aman tak kelam kabut macam Jakarta



kami bermalam di hotel Mutiara.selesa.
www.mutiarahotel.com
JL. Kebon Kawung 60, Bandung, Jawa Barat, Not Specified
Bandung, Indonesia
(0)22 420 0333

8 comments:

  1. Ms/Mr. usamah, nak tnya dekat Mangga 2 or Pasar baru ade x kedai jual jeans macam dkt toko 3 bandung?

    ReplyDelete
  2. Salam, terima kasih untuk info hotel caravan, saya juga mahu berkongsi maklumat pengangkutan awam di Jakarta.

    Pengangkutan paling murah dari Bandar Udara Soekarno-Hatta ialah perkhidmatan bas DAMRI. Tambangnya hanya Rp20k(RM7)ke banyak destinasi seperti Stasiun Gambir dan Blok M.

    http://damri.co.id/index.php?option=com_content&task=view&id=24&Itemid=1

    Kalau di sekitar kota Jakarta, boleh gunakan perkhidmatan Trans Jakarta atau lebih dikenali sebagai Busway dikalangan warga Jakarta. Tambangnya hanya Rp3k(RM1) sekali jalan. Kalau nak ke tanah abang turun di halte(shelter) Sarinah, kemudian naik bas kopaja no 19.

    http://transjakarta.co.id/rute.php

    Terdapat juga perkhidmatan 'KRL jabodetabek' (Kereta Rel Listrik Jakarta Bogor Depok Tangerang Bekasi).

    http://www.krl.co.id/

    ReplyDelete
  3. salam..nk tanya,nk book hotel caravan tu kene call ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel karsa utama, lokasinya lebih hampir dengan pasar tanah abang, seorang akak dari medan rekemenkan pada saya semasa kami sama-sama menuju ke airport soekarno hatta.

      Hotel Karsa Utama.
      Jalan Kebon Kacang IV no. 12
      Tanah Abang, Jakarta Pusat 10240
      Indonesia
      021-3144134, 021-3144135, Fax 021-3144140

      email: karsautama.hotel@gmail.com
      website: http://karsautamahotel.blogspot.com/

      Delete
    2. terimakasih KAPNMOB atas info mengenai hotel kami HOTEL KARSA UTAMA :)

      Delete
  4. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  5. halo, salam dari indonesia.

    saya mau berbagi tips sedikit agar perjalanan lebih nyaman dan save.

    sesampai di airport (soekarno-hatta) keluar dari baggage claim venue menuju teras penjemputan.
    teras penjemputan (pick up point) ada 2 jenis. teras pertama berada pas didepan pintu keluar setelah baggage claim venue, teras ini adalah tempat menjemput yang di khususkan untuk taksi terdaftar untuk bandara dan juga mobil pribadi. teras kedua berada di depan teras penjemputan pertama, anda bisa menyeberang via zebra cross. ciri2 teras kedua ini terdapat 2 venue kecil terpisah di kiri dan kanan. bangunan pertama adalah mushola dan yang kedua adalah waiting room untus bus.
    kalau bingung, setelah keluar baggage claim,tanyakan kepada petugas bandara di depan pintu keluar, dimana letak mushola/atau waiting room bus damri.

    damri adalah brand akomodasi perjalanan milik negara. kami di indonesia biasanya menyebut nama damri/bus damri untuk membedakannya dengan bus lainnya.

    setelah sampai di waiting room. anda akan disambut oleh salah satu pegawai berbaju kasual yang menanyakan lokasi tujuan anda. mereka berbaju kasual untuk bisa berbaur dengan calon penumpang dengan santai dan sebagai pengawas juga apabila terjadi kejahatan di daerah operasionalnya (seperti copet/pickpocket)

    untuk menuju hotel caravan. anda hanya perlu mengatakan ingin menuju "Thamrin City".
    beli tiket menuju thamrin city. (Rp. 35000,-). anda tinggal menunggu busnya datang.
    bus damri khusus ke thamrin city ini adalah mini bus, berbeda dengan damri jurusan lainnya yg lebih besar. so kemungkinan bus selalu penuh dan anda bisa menunggu lama 1-2jam.

    FYIthamrin city adalah lokasi belanja (seperti tanah abang, namun masih baru. tidak seperti tanah abang yang crowded) dan hunian (apartemen+cluster) .

    bus damri yang anda tumpangi akan menurunkan anda di drop point tepat didepan pintu masuk thamrin city. untuk menuju hotel caravan. anda bisa melalui beberapa jalur (lihat map)
    yang pasti lebih nyaman melalui thamrin city venue.

    download map here : http://bit.ly/1f0LSQY

    alternatif lain yakni dengan menggunakan bus damri menuju gambir (tiket 25.000 saja). dari gambir anda bisa langsung thamrin city dengan menggunakan taxi (30.000-40.000) atau dengan bajaj (30.000-40.000). apabila anda ingin langsung ke hotel caravan, anda akan mengeluarkan uang lebih banyak karena taxi/bajaj harus memutar arah yg cukup jauh dan traffic.

    drop/pick up point damri di thamrin city memiliki schedule berangkat tiap 30min kembali menuju bandara. mulai pukul 4am sampai selepas magrib.

    FYI untuk ke menuju kota Bandung, anda bisa menggunakan mini bus travel di depan lotteria/thamrin city gate/pick up point damri. ticket box bersebelahan dengan elevator depan lotteria.

    budget hotel di Bandung, saya merekomendasikan Hotel Bukit Dago (200.000/night), Letaknya di Dago atas. dari hotel hanya 2-3 menit menuju kawasan FACTORY OUTLET (FO) di dago dengan menggunakan Angkutan Umum atau 2km berjalan kaki (downhill) menuju FO. kalau experience dari teman-teman malaysia/singapura yg suka belanja di FO, mereka lebih suka berjalan kaki dari hotel menuju FO.

    TERIMA KASIH dan Semoga berguna tips dan saran dari saya.

    Achmad



    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan
    Mutiara Bandung Transport Solution menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra, jujur, dan peramah
    Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)

    Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

    Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

    Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

    Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

    Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

    KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

    Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

    Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM

    Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
    Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
    CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
    WhatsApp : +62 858 6137 8328
    pin blackberry : 30D1 82F0
    email:
    tonybandung@smartfren.blackberry.com
    or
    tonytransportbandung@gmail.com

    ReplyDelete